HOLISTICS LAB Sdn Bhd

Jenis-jenis Ketidakakuran Dalam Pensijilan Halal

Antara aspek yang boleh menyebabkan ketidakakuran berlaku ialah :

  • Ketidakakuran dalam bahan mentah
  • Ketidakuran dalam proses pengeluaran
  • Ketidakakuran dalam pengendalian dan penyimpanan
  • Ketidakakuran dalam dokumentasi dan rekod
  • Ketidakakuran dalam pengawasan dan pemantauan
  • Ketidakakuran dalam pemasaran dan label

Apa Itu Ketidakakuran (Non-Conformance)?

Ketidakakuran atau NC adalah sebarang pelanggaran terhadap piawaian yang ditetapkan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) 2020. Ketidakakuran ini terbahagi kepada tiga kategori utama:

Ketidakakuran Kecil – Biasanya melibatkan isu teknikal yang tidak kritikal, seperti bahan mentah yang diletakkan di atas lantai tanpa menggunakan pallet atau kegagalan syarikat menghantar pekerja untuk mengikuti latihan Halal

Ketidakakuran Besar – Merujuk kepada isu yang lebih serius, seperti penggunaan bahan mentah yang diragui status halalnya atau label produk yang menggunakan nama tidak Halal. Ketidakakuran ini boleh memberi impak yang besar kepada pensijilan Halal syarikat.

Ketidakakuran Serius – Terbahagi kepada dua jenis: Syariah dan Teknikal. Ketidakakuran Syariah, contohnya, termasuk membawa masuk makanan atau minuman tidak Halal ke dalam premis yang telah disijilkan Halal. Ketidakakuran Teknikal pula mungkin melibatkan pemalsuan atau pengubahsuaian sijil atau logo Halal Malaysia.

Setiap kategori ketidakakuran memerlukan tindakan pembetulan yang sesuai. Ketidakakuran serius memerlukan tindakan segera, dan jika tidak diperbaiki, ia boleh menyebabkan penarikan balik pensijilan Halal syarikat anda. Dengan teknologi seperti QuikHalal , iaitu aplikasi audit mudah alih yang boleh membantu syarikat untuk mengesan dan mengurus ketidakakuran ini dengan lebih mudah dan efisien

Sebagai syarikat yang memegang sijil Halal Malaysia, adalah penting untuk sentiasa berjaga-jaga dan meningkatkan kualiti pengawasan. Dengan memahami jenis-jenis ketidakakuran ini, syarikat anda dapat mengambil langkah pencegahan yang proaktif untuk memastikan pematuhan penuh terhadap piawaian Halal.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top